Rimas dikunci dalam flat... Nenek 90 tahun panjat keluar tingkap aras 9 - Dunia | mStar

Rimas dikunci dalam flat... Nenek 90 tahun panjat keluar tingkap aras 9

Orang ramai di sekitar bangunan rumah pangsa itu memenuhi pekarangan penempatan itu menyaksikan dengan penuh debaran tindakan nenek berkenaan.

ORANG ramai mula mendongak apabila seorang warga emas dilihat memanjat dinding aras sembilan blok bangunan tinggi di bandar Chengdu, wilayah Sichuan baru-baru ini.

Visual kejadian itu sempat dirakam orang awam yang menyaksikan insiden dengan penuh debaran kerana bimbang keselamatan nenek berusia 90 tahun itu.

Laporan The Sun memberitahu, warga tua itu bertindak sedemikian untuk melepaskan diri selepas dikunci oleh ahli keluarganya dalam unit rumah pangsa itu.

Nenek itu membuka tingkap dan mula menuruni rumah pangsa itu menggunakan kerangka pendingin hawa sebagai tangga.

Penghidap dementia ini turut membawa beg kanvas berisi barang keperluannya.

Rakaman video juga menunjukkan orang ramai memenuhi pekarangan rumah pangsa itu bagi melihat nenek itu menuruni bangunan itu selangkah demi selangkah.

Sebaik tiba di aras lima, wanita tua itu terhenti seketika sehingga kakitangan pengurusan bangunan itu segera menyelamatkannya.

Pemeriksaan yang dijalankan mendapati warga emas itu dalam keadaan baik.

Dia kemudiannya dihantar kepada keluarganya yang menguncinya di dalam rumah pangsa itu semata-mata kerana keselamatannya kerana penyakit yang dihidapinya itu.-news.com.au










Chengdu , dementia