suria

Selepas obor-obor gergasi, pengunjung temui bangkai haiwan berbulu misteri di pesisir pantai

Bangkai haiwan itu yang ditemui Connor Willers baru-baru ini.

BANGKAI seekor haiwan berbulu misteri ditemui di persisiran pantai Teignmouth di Devon, England.

Haiwan aneh yang hampir reput itu memiliki bulu putih keperangan.

Foto haiwan itu yang dimuat naik ke internet pantas menarik perhatian ramai.

Connor Willers yang menemui haiwan itu berkata, dia berasa hairan dan curiga sewaktu terpandang akan bangkai haiwan itu, baru-baru ini.

Sebelum ini, kawasan Devon turut menjadi perbualan ramai apabila munculnya obor-obor gergasi di perairan itu.

Obor-obor itu dianggarkan memiliki berat 35 kilogram. - Mirror.

Connor Willers, haiwan pelik

Artikel Lain