suria

Cubaan lelaki buka pintu ketika pesawat terbang pada ketinggian 10,058 meter, penumpang menangis ketakutan

Kejadian itu berlaku pada 24 April lalu.

CUBAAN seorang penumpang yang mahu membuka pintu pesawat sewaktu ia sedang terbang mencetuskan suasana panik.

Insiden itu berlaku sewaktu penerbangan easyJet dari London Gatwick sedang dalam perjalanan ke Pisa, Itali.

Lelaki berusia 30-an itu cuba menarik pintu keselamatan selepas menggunakan tandas.

Namun tindakan pantas penumpang lain dan krew kabin berjaya menghentikan cubaannya.

"Salah seroang krew menjerit dan ada penumpang sempat halang dia.

"Ada juga penumpang yang menangis ketakutan. Semua takut," ujar Richard Conyard yang turut berada dalam penerbangan itu.

Lelaki itu ditahan polis sejurus pesawat mendarat.

Menerusi kejadian pada 24 April lalu, dia membuat cubaan itu sewaktu pesawat sedang terbang pada ketinggian 10,058 meter. - Indipendent.

easyJet, pesawat, krew kabin

Artikel Lain