Terpaksa mendarat akibat disambar petir, penumpang diarah tukar pesawat lain - Dunia | mStar

Terpaksa mendarat akibat disambar petir, penumpang diarah tukar pesawat lain

SEBUAH pesawat yang baru memulakan penerbangan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang setelah ia disambar petir, Ahad lalu.

Kejadian melibatkan penerbangan Thomas Cook MT1140 dari Manchester ke Banjul, Zambia itu berjaya dirakam oleh seorang penumpang.

Ia kemudiannya dikongsi di media sosial sehingga tular. Sehingga kini, rakaman ngeri berkenaan sudah menerima lebih 7,000 tontonan sejak ia dimuat naik.

Sewaktu kejadian, pesawat itu terpaksa berpatah balik sebelum penumpang dipindahkan ke pesawat lain untuk meneruskan perjalanan.

Pihak pengurusan syarikat penerbangan itu turut melakukan pemeriksaan lanjut ke atas pesawat berkenaan.

"Keselamatan pengguna dan krew menjadi keutamaan kami. Kami memohon maaf atas kelewatan dan segala yang berlaku.

"Jurutera kami sedang melakukan pemeriksaan penuh ke atas pesawat.

"Kesemua penumpang kami diterbangkan semula pada petang hari yang sama menggunakan pesawat lain," ujar syarikat itu menerusi satu kenyataan. - Star Daily.

 

MT1140 , Pesawat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus