suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bapa berang program tv siar sketsa Momo, ubah karakter jadi Bok Bok

KECOH sebelum ini mengenai Momo Challenge yang didakwa menyebabkan kematian beberapa kanak-kanak di seluruh dunia.

Karakter ngeri dari Jepun itu dicipta oleh seorang invididu bernama Keisuke pada 2016 dan sering disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana rupa Momo di dunia sebenar dan ia direalisasikan menerusi sketsa dalam program Saturday Night Live, baru-baru ini.

Menerusi rancangan itu, mereka memperkenalkan Bok Bok, karakter ayam seram yang mahu penonton supaya makan lebih banyak hidangan KFC.

Karakter yang diinspirasikan daripada watak Momo itu pantas menjadi bualan ramai disebabkan rupanyayang hampir sama.

Namun, tidak semua penonton rancangan itu suka dengan apa yang dipaparkan kepada mereka.

"Saturday Night Live, saya tak pernah komen apa-apa sebelum ini tetapi kamu melampau. Kamu buat pementasan yang menjengkelkan mengenai Momo," tulis seorang penonton.

"Ini tidak patut dipandang ringan. Kamu melampaui batas. Saya ibu bapa dan ada anak," tulis seorang lagi penonton. - Daily Star.

Artikel Lain