Nahas Ethiopian Airlines: Suami isteri sempat bercuti di KL sebelum berlepas ke Addis Ababa - Dunia | mStar

Nahas Ethiopian Airlines: Suami isteri sempat bercuti di KL sebelum berlepas ke Addis Ababa

Ekaterina dan Alexander antara yang maut dalam nahas pesawat Ethiopian Airlines.

RAKAMAN seorang penumpang Ethiopian Airlines kelihatan gugup beberapa minit sebelum pesawat itu terhempas.

Bekas model dari Rusia, Ekaterina Polyakova meninggal dunia bersama suaminya, Alexander Polyakova dalam nahas tragik itu.

Mereka terkorban bersama dengan 155 penumpang lain dalam pesawat jenis Boeing 737 Max yang terhempas beberapa minit sejurus berlepas awal pagi Ahad.

Pasangan itu masing-masing berusia 28 tahun sedang menuju ke Nairobi, destinasi percutian impian mereka.

Antara paparan skrin video yang dirakam Ekaterina.

Alexander dilihat berada dalam sebuah bas sebelum memasuki pesawat tersebut dan riak wajahnya kelihatan gugup seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Rakaman itu turut menunjukkan pesawat tersebut berada di atas landasan lapangan terbang Addis Ababa.

Pesawat itu terhempas beberapa minit sejurus berlepas dan mengorbankan semua penumpang dan juga anak kapal.

Siasatan sedang dilakukan untuk mengetahui punca nahas.

Pasangan ini gemar melancong bersama.

Pasangan dari Moscow itu mempunyai masa selama sejam setengah untuk pindah pesawat di lapangan terbang itu sebelum berlepas ke Kenya.

“Sejam setengah untuk pindah pesawat dan kami terbang ke Kenya,” demikian menurut kapsyen posting tersebut.

Kedua-duanya bekerja di institusi perbankan terbesar di Rusia iaitu Sberbank.

Beberapa video menunjukkan pasangan itu turut bercuti di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Addis Ababa. - Mirror.co.uk

Ethiopian Airlines

Artikel Berikut

Siti Aisyah selamat tiba di Indonesia

Artikel Berkaitan

Artikel Lain