suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kotak hitam pesawat Ethiopian Airlines ditemui

KOTAK hitam pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas mengorbankan 157 penumpang dan anak kapal ditemui di lokasi nahas.

Ethiopian Airlines mengesahkan perakam data digital dan perakam suara kokpit telah ditemui dan penemuan itu diharap dapat merungkai punca sebenar pesawat itu terhempas.

Kotak hitam dilaporkan sebahagiannya rosak.

Seorang saksi berkata pesawat itu yang berlepas dari Addis Ababa di Ethiopia menuju ke Nairobi, Kenya dilihat terbang tidak menentu dan mengeluarkan asap sebelum terhempas.

Pasukan mencari dan menyelamat menggunakan jentera berat untuk menggali kawasan nahas yang terbentuk sebesar saiz gelanggang bola keranjang akibat letupan pesawat itu.

Letupan itu menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan pesawat Boeing 737 Max 8, model terbaharu yang turut terhempas di perairan Jawa, Indonesia pada Oktober lalu.

Dalam insiden pagi Ahad, juruterbang memaklumkan pesawat ada masalah dan meminta untuk terbang kembali ke lapangan terbang Addis Ababa.

Namun pesawat itu terhempas selepas enam minit berlepas kira-kira pukul 8.44 pagi waktu tempatan.

Pesawat itu terhempas dekat bandar Bishoftu. - Mirror.co.uk

Ethiopian Airlines, terhempas

Artikel Lain