suria

250 saintis tandatangani petisyen, dakwa Airpods jejaskan kesihatan manusia

MENURUT satu petisyen terbaharu, fon telinga tanpa wayar keluaran Apple iaitu Airpords berupaya mendedahkan penggunanya kepada kanser.

Seramai 250 saintis menandatangani petisyen itu yang mana ia sudahpun dihantar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

Ujar kumpulan saintis berkenaan, alatan itu memancarkan radiasi frequensi radio yang sering digunakan menerusi WiFi, data selular dan Bluetooth.

Jelas kumpulan itu lagi, penggunaan Airpods menjadi lebih bahaya kerana item kecil itu diletakkan di dalam telinga manusia.

Biarpun belum dapat dipastikan ia berupaya menyebabkan kanser kepada manusia, hipotesis itu bagaimanapun pernah dibuktikan ke atas haiwan menerusi satu kajian sebelum ini.

Untuk rekod, gergasi teknologi Apple berjaya menjual 28 juta unit Airpods pada tahun lalu.

Pada tahun sebelumnya, ia terjual sebanyak 16 juta unit. - Daily Mail.

Apple, Airpods, Saintis, WHO

Artikel Lain