Cabaran baling keju jadi trend terkini pengguna media sosial - Dunia | mStar

Cabaran baling keju jadi trend terkini pengguna media sosial

Tangkapan skrin daripada salah satu video parodi oleh pengguna di Twitter. - Bradley Bates

UCAPAN 'cheese' (keju) memberi makna baharu apabila media sosial dilanda dengan cabaran terkini.

Pelayar di Twitter menggunakan hirisan keju untuk dilemparkan kepada bayi mereka.

Cabaran itu dipanggil 'getting cheesed' (dikejukan) dan mula mempengaruhi pengguna media sosial lain pada Khamis.

Seorang remaja memuat naik video dia mendekati adik lelakinya dengan sekeping keju di tangan dan kemudian membaling keju itu sehingga melekat ke wajah bayi 'malang' tersebut.

Rakaman itu meraih lebih lapan juta tontonan di Twitter.

Klip video itu mempengaruhi orang lain untuk mula membaling keju kepada adik mereka.

Sesetengah video parodi tersebut menghasilkan rakaman yang amat melucukan. - WJLA

keju , cabaran baling keju

Artikel Lain

Henti siasat empat suspek MH17