suria

Pelari cekik singa gunung dengan tangan kosong sebenarnya bunuh ‘anak kucing’

Wajah Kauffman berlumuran darah selepas bergelut dengan seekor anak singa gunung. - Colorado Parks and Wildlife

SEORANG pelari yang melawan seekor singa gunung dengan tangan kosong sehingga mati, akhirnya menceritakan tentang pengalaman luar biasa dialaminya itu.

Travis Kauffman menceritakan detik dia bergelut dengan anak singa tersebut.

Menurut Coloradoan, laporan rasmi nekropsi haiwan yang dibunuh oleh Kauffman di denai Fort Collins itu dianggarkan berusia tiga hingga empat bulan.

Nekropsi tersebut yang dilakukan oleh doktor haiwan di Colorado Parks dan Wildlife, Amerika Syarikat mengenal pasti singa berkenaan sebagai 'anak kucing' (kitten).

Selepas memberitahu pihak berkuasa mengenai insiden berkenaan, kisah Kauffman menarik perhatian banyak media di seluruh dunia.

Memandangkan saya seorang pemilik kucing, saya tahu bahawa kuku belakang haiwan itu cukup bahaya jika ia digunakan untuk menyerang.

TRAVIS KAUFFMAN

Ini kerana ia bukan sahaja kebarangkalian seseorang diserang singa gunung jarang berlaku, tetapi juga tentang kemampuan individu terbabit untuk melawannya.

Lelaki berusia 31 tahun itu menjelaskan: "Singa itu bergerak ke arah wajah saya, jadi saya gunakan tangan untuk melindungi bahagian muka.

"Kemudian, singa tersebut menyambar tangan dan pergelangan tangan saya. Daripada situ ia mula cakar wajah dan leher saya.

"Reaksi saya yang ketakutan berubah menjadi ingin berlawan untuk melindungi diri.

"Memandangkan saya seorang pemilik kucing, saya tahu bahawa kuku belakang haiwan itu cukup bahaya jika ia digunakan untuk menyerang.

Contoh gambar anak singa. - Foto PA

"Saya sangat bimbang singa itu akan mencakar bahagian perut dan kawasan groin saya," ujarnya.

Seorang jurucakap Colorado Parks and Wildlife, Rebecca Ferrell berkata, pemeriksaan ke atas anak singa gunung itu disahkan ia mati akibat dicekik.

Dia juga berkata kepada Buzzfeed News bahawa Kauffman telah melakukan perkara yang betul dengan melawan haiwan itu.

"Ini bukan sesuatu yang anda dengar setiap hari.

"Kami tahu ia agak sukar untuk dipercayai, tetapi firasatnya berkata dia melakukan apa yang perlu dilakukan (melawan singa)." - LAD Bible

singa gunung

Artikel Lain