suria

Pakar perubatan jelaskan mengapa tangan Ratu Elizabeth nampak lebam

Ratu Elizabeth (tengah) bergambar bersama Raja Abdullah Jordan (dua kanan), Ratu Rania (dua kiri) dan Putera Mahkota Hussein (kiri) dan Puteri Anne (kanan) di Istana Buckingham. - Reuters

PENGGUNA media sosial menyedari terdapat tanda lebam pada tangan Ratu Elizabeth yang berusia 92 tahun ketika beliau bergambar dengan Raja Abdullah Jordan, Ratu Rania dan Putera Mahkota Hussein di Istana Buckingham.

Pada mulanya, Ratu Elizabeth menyembunyikan tangan kirinya di belakangnya pada pertemuan yang berlangsung pada Khamis itu, kemudian beliau menyilangkan tangannya di depan untuk sesi gambar berkumpulan dan kesan lebam itu jelas kelihatan.

Pelayar Twitter, Tracy Edgar menulis: "Saya suka mengambil tahu tentang Ratu Elizabeth II tetapi saya bimbang.

"Kenapa beliau mempunyai lebam yang teruk di tangan kirinya? Adakah saya terlepas sesuatu? Tetapi seperti biasa, beliau kelihatan menakjubkan!"

Bagaimanapun, Istana Buckingham enggan mengulas mengenai gambar tersebut.

Tahun lalu, Istana Buckingham terpaksa mengakui bahawa Ratu Elizabeth menjalani pembedahan membuang katarak.

Namun sebelum itu, wakil istana mendakwa bahawa beliau tidak mempunyai masalah kesihatan dan mengenakan cermin mata hitam pada perjumpaan bersama rakyat kerana cuaca pada hari tersebut cerah.

Ratu Elizabeth berjabat tangan dengan Raja Abdullah di Istana Buckingham. - Reuters

Doktor-doktor mengatakan bahawa lebam itu berkemungkinan besar disebabkan oleh kecederaan kecil.

Sebagai orang yang berumur, kulit mereka menjadi lebih nipis dan mereka kehilangan beberapa lapisan lemak di bawahnya permukaan kulit yang melindungi mereka dari lebam.

Orang berumur juga lebih cenderung untuk jatuh. Antara faktor lain adalah disebabkan oleh ubat suntikan, titisan atau penipisan darah.

Pakar diraja, Joe Little daripada Majesty Majesty berkata, bonda kepada Ratu Elizabeth pernah dirawat kerana mengalami anemia dan beliau sering memakai plaster di tangannya.

"Saya boleh katakan masalah Ratu Elizabeth adalah kulitnya semakin menipis."

Tanda lebam kebiasaannya mengambil masa beberapa minggu untuk pudar. - Express UK

Ratu Elizabeth

Artikel Lain