Budak 2 tahun derita sakit pelik, terpaksa sedut lemak berlebihan pada tangan - Dunia | mStar

Budak 2 tahun derita sakit pelik, terpaksa sedut lemak berlebihan pada tangan

USIANYA baru dua tahun, namun budak perempuan dari negeri Minnesota, Amerika Syarikat ini terpaksa menanggung derita akibat sejenis penyakit pelik yang mengakibatkan tangannya membengkak.

Cora Ruben disahkan menghidap penyakit limfedema yang menyebabkan beberapa bahagian badan tertentu membengkak akibat pengumpulan cecair limfa dan lemak.

Keadaan itu menyebabkan tangannya tidak dapat digerakkan untuk memegang atau mengangkat objek.

Baru-baru ini ibu bapanya, Kasey dan Brett Ruben membawa Cora berjumpa Profesor Dr. Etelka Foldi di Klinik Foldi di Hinterzarten, Jerman.

Susulan itu, doktor berkenaan mencadangkan anak mereka menjalani prosedur menyedut lemak pada bahagian tangannya.

“Foldi memaklumkan tangan Cora cuma mengandungi 20 peratus cecair limfa dan 80 peratus lagi adalah lemak. Selepas menjalani pembedahan itu, tangan Cora sudah lembut dan mampu memegang objek,” kata Kacey.

Walaupun tangan gergasi Cora paling jelas kelihatan disebabkan penyakitnya itu, Kacey memaklumkan anaknya turut mempunyai bengkak serupa pada seluruh badannya termasuk pada perut dan kakinya.-Mirror.co.uk

Cora Ruben , Jerman

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain