suria

Gadis gantung diri dalam bilik selepas jumpa gambarnya tanpa pakaian di internet

Julissa. - Foto CEN

SEORANG gadis remaja ditemui tergantung selepas mendapati gambar dirinya yang tidak berpakaian dijual di media sosial.

Gadis berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Julissa itu dilaporkan menjadi tertekan selepas melihat gambar-gambarnya di dalam talian.

Dia adalah mangsa "Packs de Monclova", sebuah akaun media sosial yang didakwa mengongsikan gambar 300 wanita secara online tanpa persetujuan mereka.

Media tempatan di Monclova Mexico melaporkan laman web itu menunjukkan nama-nama gadis dan gambar contoh supaya pengguna dapat membuat pilihan untuk membayar demi melihat lebih banyak gambar tidak senonoh mangsa-mangsanya.

Pengguna akan membuat deposit dalam talian dan satu fail gambar akan dihantar kepada mereka.

Julissa ditemui tergantung di bilik mandinya seminggu selepas terjumpa gambar tersebut di internet.

"Kami mendapati bahawa dalam sebuah laman Facebook, tangkapan skrin gambar ramai wanita dengan gambar bogel telah dilampirkan.

"Namun, pengendali laman itu sudah memadam gambar-gambar itu kerana siasatan sudah dijalankan," kata ahli keluarga yang kecewa dengan insiden itu.

Pihak berkuasa di Monclova kini menyiasat kematian Julissa sebagai jenayah siber.

Bagaimanapun, bagaimana gambar-gambar tersebut diperoleh oleh "Packs de Monclova" masih belum jelas. - Mirror UK

Julissa

Artikel Lain