suria

Ribuan peminat banjiri konsert idola maya, sanggup datang dari jauh demi Luo Tianyi

Luo Tianyi. - Foto SCMP

PEMAIN piano terbaik China, Lang Lang mengiringi penyanyi berusia 15 tahun, Luo Tianyi dalam persembahan yang dibanjiri oleh ribuan peminat di arena Mercedes-Benz Shanghai pada Sabtu lepas.

Luo yang bersanggul kelabu dan memiliki sepasang mata berwarna hijau mempunyai lebih daripada tiga juta peminat di Weibo dan tiket ke konsert itu dijual antara 1,580 yuan (RM960).

Apa yang menghairankan, Luo tidak wujud di alam nyata.

Dia adalah idola maya yang berkongsi pentas dengan Lang untuk mengadakan konsert pertama antara penyanyi hologram dan pemuzik sebenar di China.

Luo merupakan idola maya yang paling popular di China.

Ia adalah avatar digital dengan suara dan keperibadian tersendiri.

Pada konsert itu, persembahan mereka berdua menjadi bertambah menakjubkan dengan penggunaan kesan khas visual.

Peminat melambai batang bercahaya biru mengikut alunan irama dan menjerit nama Luo, dengan beberapa peserta konsert turut mengalirkan air mata.

Sehinggakan seorang pelajar universiti dari wilayah Sichuan, Gao Yu sudah kali kedua pergi ke Shanghai semata-mata untuk menonton konsert Luo.

Penganjuran konsert idola maya memerlukan lebih banyak sumber berbanding idola sebenar (manusia).

Menurut syarikat yang memperoleh hak penuh untuk karakter Luo dari rakan niaga mereka di Jepun (Yamaha), Shanghai Henian Information Technology Co memberitahu bahawa sebuah pasukan yang terdiri daripada kira-kira 200 orang dari China dan Jepun bekerjasama selama enam bulan untuk persembahan selama dua jam itu. - SCMP

Luo Tianyi

Artikel Lain