suria

Lelaki ini kahwin jua selepas tak jemu lamar kekasih setiap tahun sejak 1976

Colin Jones (kanan) dan Pauline Young akhirnya berkahwin selepas berkenalan lebih 40 tahun. -foto Caters

SEORANG lelaki mengajak teman wanitanya untuk berkahwin dengannya setiap tahun sejak mereka bertemu pada tahun 1976, malangnya permintaannya sentiasa ditolak.

Jadi Colin Jones, 74, terkejut apabila teman wanitanya, Pauline Young, 72, sendiri yang bertanyakan soalan itu kepadanya, baru-baru ini.

"Saya hampir jatuh dari katil. Selama ini saya yang asyik tanya, tapi sekarang dia yang tanya saya, saya kata 'sudah tentu'.

"Saya telah putus harapan berhubung perkahwinan kami. Saya fikir ia tidak akan berlaku," kata Jones.

-foto Caters

Pasangan yang mengusahakan firma perabot di Powys, Wales dan kemudian di pulau Malta, Gozo, berkahwin secara ringkas pada Hari Valentine kerana mereka tidak mempunyai masa untuk menyusun perkahwinan rasmi.

Jones berkata: "Apa yang lebih penting bagi kami adalah sebuah perkahwinan, ia menunjukkan satu rasa cinta."

Jones masih berpangkalan di Gozo, menguruskan syarikatnya B&B, tetapi Young, yang mempunyai masalah neurologi sudah kembali tiga tahun lalu.

Colin melawatnya di St George’s Park Nursing Home in Telford, Shrops, setiap dua minggu. -Mirror

lamar, kahwin, sabar

Artikel Lain