suria

Wanita kurang siuman serang pengacara dengan pemutar skru semasa siaran TV

SIARAN langsung cabutan loteri kerajaan terpaksa dihentikan seketika selepas seorang wanita berusia 35 tahun mengugut seorang pengacara dengan sebilah pemutar skru.

Cabutan loteri yang diadakan di Dewan City yang terletak di wilayah Phatthalung disiarkan secara langsung di Channel 5.

Dewan tersebut dipenuhi petaruh loteri dan juga pegawai berkaitan.

Penyerang tersebut yang kemudian dikenal pasti sebagai Prapapan dari Phatthalung dalam daerah Muang dipercayai mempunyai sejarah penyakit mental.

Pengacara Channel 5, Thananya Pipitwinchakaran mengumumkan dana Pejabat Loteri Kerajaan didermakan kepada pihak berkuasa tempatan apabila Prapapan mendekatinya.

Rakaman insiden itu menunjukkan Prapapan ke arah Thananya yang sedang tunduk sebelum diacukan pemutar skru di lehernya.

Dua lelaki bertindak pantas menyelamatkan Thananya dan mereka mengheret Prapapan yang menjerit memberitahu masalahnya tidak pernah diselesaikan dilaporkan media.

Siaran langsung cabutan loteri itu kemudian digantung sementara.

Serangan itu menyebabkan pengacara mengalami kecederaan ringan.

Polis mendakwa Prapapan sebagai kurang siuman.

Prapapan didakwa membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan dan media pada 28 Februari lalu tetapi tiada siapa melayannya. - The Nation/Asia News Network

serang, TV, pemutar skru, loteri

Artikel Lain