suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selain teori bumi mendatar, ada yang dakwa bumi berbentuk seperti donat gergasi

BENTUK sebenar bumi yang didiami kita semua sering menjadi perdebatan sejak dahulu.

Seperti yang diajar dan diberitahu, bumi sebenarnya berbentuk sfera.

Namun wujud pula golongan yang mendakwa bumi sebenarnya leper dan mendatar.

Ujar mereka, ia seperti disc gergasi yang tergantung di angkasa.

Tidak cukup dengan golongan ini, timbul pula satu lagi gerakan yang memperjuangkan kebenaran dan mendakwa bumi berbentuk seperti donat.

Teori itu pernah diterbitkan menerusi komuniti Flat Earth Society pada 2012.

Ia sekali lagi menjadi perdebatan apabila kembali diperkatakan pada tahun ini.

"Saya ada teori dan berpendapat bumi berbentuk seperti donat gergasi," ujar penulisnya.

Dalam pada itu, ramai pembaca turut menyelar teori berkenaan.

Malah ada segelintir individu yang menyifatkannya sebagai satu kebodohan yang nyata. - Daily Star.

Bumi Sfera, Donat

Artikel Lain