suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TV Iran guna logo lama Man United, kali terakhir dilihat pada 1972

TV Iran guna logo lama Manchester United. Foto Twitter

PERLAWANAN Liga Juara-Juara antara Manchester United dan Paris Saint-Germain (PSG) disiarkan di seluruh dunia.

Dan sudah tentunya setiap negara mempunyai cara tersendiri menyampaikannya dengan cara yang berbeza.

Bagaimanapun, liputan menerusi saluran televisyen Iran menampilkan kelainan.

Manchester United memaparkan imej syaitan pada lambangnya sejak 1973.

Imej dan rekaan logo tersebut melalui beberapa perubahan sejak 1970an, tetapi paparan secara umum pada lambang tersebut dikekalkan.

Pada 1972, lambang Manchester United hanya memaparkan gambar kapal, yang masih boleh dilihat hari ini.

Namun, lambang tersebut yang kali terakhir dilihat pada 1972 masih dipaparkan dalam siaran TV Iran pada Selasa.

Penjelasan mengenainya cukup mudah apabila simbol syaitan disekat di Iran dan ia turut membabitkan imej syaitan pada logo Manchester United. - Mirror UK

Manchester United

Artikel Lain