suria

Raja Dadah Mexico tewas di AS

Gambar fail ketika Guzman diekstradisi ke AS untuk dihadapkan ke mahkamah pada 2017.

RAJA Dadah Mexico, Joaquin 'El Chapo' Guzman didapati bersalah terhadap 10 tuduhan dalam perbicaraan yang berlangsung selama 11 minggu berhubung kes penyeludupan dadah.

Guzman juga didapati bersalah memiliki senjata api tanpa lesen dan terlibat kegiatan pengubahan wang haram.

Setakat ini, hukuman belum lagi dijatuhkan namun keputusan itu boleh membawa kepada penjara seumur hidup.

Mengulas kes itu, Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) bagi daerah New York, Richard P Donoghue berkata, perbicaraan tersebut membongkar kes penyeludupan dadah antarabangsa yang begitu berbeza.

"Ia membuktikan bahawa Guzman dan rakan konspirasinya bertanggungjawab menyeludup beratus-ratus tan kokain, heroin, methamphetamine dan ganja ke Amerika Syarikat.

"Ia juga mendedahkan bagaimana mereka mampu beroperasi pada skala besar akibat gejala rasuah. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima dan akan berakhir.

"Ini adalah hari penentuan, tetapi akan ada lebih banyak hari yang sama (penentuan) pada masa akan datang," kata Donoghue.

Guzman ditahan pada Januari 2016 selepas memboloskan diri dari penjara di Mexico melalui terowong lima bulan sebelum itu.

Dia diekstradisi untuk menghadapi perbicaraan di Amerika Syarikat pada 2017.-bbc.com


Guzman, Mexico, New York

Artikel Lain