Gadis kahwini patung zombie, dakwa hidupnya kini lebih bahagia - Dunia | mStar

Gadis kahwini patung zombie, dakwa hidupnya kini lebih bahagia

Felicity dan Kelly pada majlis 'perkahwinan' mereka.

SEORANG remaja berkahwin dengan patung zombie miliknya dengan menyifatkan kehidupannya kini lebih bahagia selepas perkahwinan tersebut.

Felicity Kadlec, 20, mengahwini kekasihnya 'Kelly Zombie', sebuah patung yang didakwanya berusia 37 tahun di hadapan beberapa patung lain miliknya.

Majlis tersebut berlangsung di Tiverton, Kepulauan Rhode, Amerika Syarikat (AS) dengan Felicity membelanjakan sekitar 388 pound sterling untuk membeli gaun perkahwinan dan juga sut untuk Kelly serta hiasan di venue terbuka itu.

Selain empat ahli keluarga Felicity, lapan lagi patung lain turut hadir menyaksikan majlis perkhawinan yang diadakan enam bulan lalu.

Felicity yang kini tinggal di Vinita, Oklahoma mendakwa mengahwini Kelly membuat diri mereka semakin rapat dan lebih mesra.

"Majlis kami amat sempurna sama seperti yang saya impikan sebelum ini.

"Saya memastikan keseluruhan majlis dilakukan dengan baik. Kelly merupakan pengantin 'lelaki', dia 'tom boy' jadi dia memakai sut.

Serena mula jatuh cinta dengan Kelly semasa berusia 16 tahun.

"Meskipun mereka menjalin hubungan cinta sejak empat tahun lalu, perkahwinan tersebut membuatkan mereka semakin intim," kata Felicity.

Felicity mula tertarik dengan Kelly selepas dihadiahkan oleh ayahnya gara-gara terlalu obses dengan filem seram dan patung zombie.

"Saya ternampak koleksi patung seram di laman web dan ayah saya menghadiahkannya kepada saya ketika saya berusia 13 tahun.

"Namun saya mula jatuh cinta dengan Kelly ketika saya berusia 16 tahun. Sebaik sahaja ayah saya meninggal tahun lalu, saya dapati saya semakin rapat dan selesa dengan Kelly," katanya.

Meskipun Kelly mempunyai wajah yang menakutkan, Felicity berkata dia tidak kisah dengan penampilan tersebut.

"Saya mengahwini Kelly kerana saya menerima dia seadanya. Saya tidak kisah dengan keadaannya yang menakutkan.

"Bagi saya dia sempurna, dan saya boleh rasai cintanya terhadap saya. Saya juga merasai kegembiraannya sejak kami berkahwin," katanya. - Mirror.co.uk

patung , zombie , kahwin

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Polis siasat dakwaan Syed Saddiq diugut