suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki menyamar wanita, ganti calon lain duduki peperiksaan

Foto Red Uno de Bolivia/YouTube

SEORANG pelajar lelaki Universiti Mayor de San Miguel di Cochabamba, Bolivia ditahan kerana menyamar sebagai wanita untuk menduduki peperiksaan permohonan kolej.

Bryan G berusia 19 tahun sebenarnya merupakan pelajar jurusan sistem kejuruteraan di universiti itu, tetapi dia cuba untuk menduduki peperiksaan kelayakan di kolejnya, mewakili seorang calon wanita.

Dia memakai rambut palsu, mekap dan berpakaian seperti wanita, bagi mengelakkan perbuatannya dihidu.

Malangnya, dia duduk di baris hadapan di dalam dewan peperiksaan dan kesemua pensyarah dan pembantu dapat melihatnya.

Tambahan pula, wajahnya begitu ketara berbanding calon lain menyebabkan dia menjadi perhatian.

Bryan disoal oleh seorang penolong peperiksaan semasa mahu menerima kertas peperiksaan.

Dia menjawab namanya adalah Jocelin C, tetapi pegawai itu memberitahu dia bukanlah calon berkenaan.

Ditanya mengenai cubaannya menipu pihak universiti, Bryan memberitahu dia sebenarnya dihubungi oleh seorang saudara kepada calon wanita dan ditawarkan wang untuk menduduki peperiksaan itu bagi pihaknya kerana calon tersebut di luar kawasan.

Dia menerima tawaran tersebut, dan diberikan kad permohonan universiti malah ditempah untuk menghadiri sesi merias wajah agar penampilannya lebih dipercayai.

"Saya tidak mahu melakukan perkara yang tidak baik. Saya tidak ada kerja, sebab itulah saya terima," kata Bryan.

Bagaimanapun menurut laporan El Deber, dia kemudian mengubah keterangannya dengan memberitahu bahawa dia melakukannya kerana cinta, bagi membantu teman wanitanya. - odditycentral

Artikel Sebelum

Raja Dadah Mexico tewas di AS

Artikel Lain