suria

Leka beri beruang makan...tiba-tiba iPhone di tangan lesap

GARA-GARA terlalu leka memberi makan sang beruang di ketika melawat zoo di timur China, seorang lelaki berdepan situasi yang tidak sangka-sangka.

Bayangkan video insiden yang menimpa lelaki pemuda itu tular hingga mencecah 14,000 tontonan.

Kejadian berlaku di Pusat Hidupan Liar Yancheng di wilayah Jiangsu.

Pemuda ini begitu asyik melemparkan epal dan lobak merah ke arah beruang untuk memberi haiwan itu makan, tiba-tiba telefon bimbit jenis iPhone dalam genggamannya pula yang dibaling.

Visual kelakar itu dianggap netizen sebagai insiden tragis yang berharga, malahan lelaki itu turut menjadi bahan ejekan.

Menurut CGTN, kerana terlalu leka melihat beruang memakan epal dan lobak merah yang dilemparkannya, pengunjung zoo itu secara tidak sengaja dan terlupa di tangannya ada iPhone berkenaan.

Menerusi video itu, kelihatan sang beruang bagaikan tertanya-tanya apakah yang dilemparkan ke arahnya sambil menggigit dan membawanya.

Netizen menganggapnya kesilapan yang begitu berharga hanya kerana mahu memberi makan kepada beruang.

Bagaimanapun, lelaki itu bernasib baik apabila ada pekerja zoo yang membantu mendapatkan semula iPhone itu .-India Today





iPhone, beruang, China

Artikel Lain