suria

Guru muzik lahirkan bayi seberat 6.7kg

Jennifer dan suaminya, Medlock menatap wajah bayi mereka, Ali. - Metro UK

SEORANG ibu melahirkan bayi lelaki seberat 6.7 kilogram (kg) sekali gus memecah rekod kelahiran bayi terberat di Texas, Amerika Syarikat.

Anak Jennifer Medlock yang dinamakan Ali itu adalah bayi paling berat dan paling besar yang disambut oleh doktor di Hospital Memorial Arlington, Texas.

Jennifer dan suaminya, Eric Medlock menyambut kelahiran anak mereka pada 12 Disember lalu dan menjangkakan berat bayi mereka hanya sekitar 4.5kg - sama seperti berat anak perempuan mereka yang berusia dua tahun ketika dia dilahirkan.

Pasangan tersebut yang kedua-duanya merupakan guru muzik berasa terkejut apabila doktor memberitahu saiz Ali adalah sepanjang 52.6 sentimeter (cm).

Jennifer melahirkan bayi lelakinya melalui kaedah pembedahan Caesarean.

Dia turut melahirkan anak perempuannya Annabelle melalui kaedah sama.

Ali kemudian dibawa ke unit rawatan rapi neonatal kerana mempunyai paras gula dalam darah dan platlet yang rendah.

Ia disebabkan oleh tubuhnya yang lebih besar berbanding saiz purata bayi lain.

Kesihatan Ali bertambah baik selepas itu dan dibenarkan pulang bersama ibu bapanya pada 19 Disember. - Metro UK

bayi paling berat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain