Hanya kerana tak dapat naik bas dipenuhi penumpang, pemandu diserang semburan lada - Dunia | mStar

Hanya kerana tak dapat naik bas dipenuhi penumpang, pemandu diserang semburan lada

SEORANG pemandu bas disembur dengan penyembur lada sekurang-kurangnya sebanyak enam kali dalam satu kejadian serangan yang digambarkan polis sebagai 'perbuatan keji oleh pengecut'.

Dalam kejadian pada malam Khamis, sebuah bas State Transit Authority berhenti di Oxford Street di Surry Hills di Sdyney, Australia.

Suspek lelaki itu dipercayai seorang pelancong, cuba untuk menaiki bas.

Bagaimanapun, pemandu bas terbabit tidak membenarkannya menaiki bas, dengan memberitahu bahawa bas dipenuhi penumpang dan perlu menunggu bas yang berikutnya.

Polis mendakwa suspek enggan beredar, duduk di bahagian hadapan di dalam bas dan menganggu pemandu, sebelum menyemburnya dengan lada pada bahagian muka.

Semburan bahan kimia itu dipercayai semburan lada, sementara suspek kemudian melarikan diri.

Komander polis, Superitendan Gavin Woods berkata, suspek menyembur pemandu di bahagian muka sekurang-kurangnya enam kali.

"Akibat kejadian itu, pemandu bas berkenaan tidak dapat meneruskan tugasnya. Dia tidak dapat meneruskan pemanduannya," katanya.

Pemandu bas berusia 38 tahun itu mengalami kesukaran untuk bernafas dan dirawat oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

Pihak berkuasa kini mendapatkan bantuan orang awam untuk mengenal pasti suspek yang melarikan diri.

"Ia merupakan satu perbuatan keji oleh seorang pengecut," kata Gavin.

"Pemandu bas itu bekerja keras, untuk masyarakat, memandu bas yang dipenuhi penumpang dan kerana sebab itu dia telah diserang," katanya. - Mail Online

penyembur lada

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus