suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lintah 'buat rumah' dalam hidung selepas budak perempuan minum air sungai

Tangkapan skrin sebuah video yang menunjukkan seekor lintah ditarik keluar daripada hidung seorang budak perempuan.

SEEKOR lintah ditarik keluar daripada hidung seorang budak perempuan berusia enam tahun selepas haiwan itu tersekat selama lebih sebulan.

Kanak-kanak dari Vietnam itu melawat doktor bersama ibu bapanya dan mengadu ada sesuatu yang bergerak-gerak di dalam hidungnya.

Lintah tersebut dipercayai masuk ke dalam hidung budak perempuan dari Phin Ngan, berhampiran sempadan China, terbabit ketika dia minum air daripada sebuah sungai.

Haiwan itu membesar sepanjang tujuh sentimeter di dalam hidungnya.

Melalui sebuah rakaman video, kanak-kanak perempuan itu dilihat merenung ke arah lintah berkenaan ketika doktor terbabit memberikan penjelasan kepada ibu bapanya. - Mirror UK

lintah

Artikel Lain