suria

Dua suami maut kereta bugi terhumban dalam sungai selepas dilanggar isteri

Dua mayat mangsa ditemui penduduk kampung yang membantu dalam operasi mencari dan menyelamat. Foto STR/EPA-EFE/REX/Shutterstock

DUA pemain golf maut di Thailand selepas kereta bugi yang dipandu mereka, dirempuh satu lagi kenderaan sama dipandu isteri mereka.

Kedua-dua lelaki itu lemas apabila kenderaan mereka terhumban ke dalam sungai di wilayah Phitsanulok, utara Thailand.

Sung Jun-yong, 68, dan Ha Jae-oong, 76, maut selepas kedua-dua kereta bugi terbabit terhumban ke dalam sungai di kawasan tersebut.

Kedua-dua isteri mangsa terselamat dalam insiden tragik itu pada Hari Krismas, Selasa lalu.

Mayat mangsa ditemui oleh nelayan yang membantu operasi pasukan kecemasan.

Menurut laporan, mayat pertama ditemui pada malam Rabu, manakala mayat kedua dijumpai awal pagi Khamis.

Difahamkan, kedua-dua mangsa pandai berenang tetapi arus deras sungai dipercayai mengakibatkan mereka lemas.

Kedua-dua pasangan yang berasal dari Korea Selatan itu berkunjung ke Thailand sehari sebelum Hari Krimas untuk menikmati percutian mereka. - Mirror Online

kereta bugi, golf

Artikel Lain