suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gunung berapi Anak Krakatau makin hilang ketinggian

GUNUNG berapi Anak Krakatau yang runtuh dan menggelongsor ke dasar lautan hingga mencetuskan tsunami besar serta mengorbankan lebih 400 individu pada minggu lalu telah hilang dua pertiga ketinggiannya.

Analisis visual oleh Agensi Vulkanologi Indonesia mendapati ketinggian Anak Krakatau yang mencecah 338 meter (m) kini hanya 110 m.

Agensi terbabit menganggarkan gunung berapi tersebut telah kehilangan antara 150 dan 180 juta kubik meter bahan vulkanik berikutan sejumlah besar batuan dan debu telah menggelongsor ke dalam laut susulan siri letusan yang berlaku.

"Anak Krakatau kini semakin rendah. Biasanya, kita dapat lihat puncaknya dari pos pemerhati, kini ia tiada lagi," kata pegawai kanan agensi itu, Wawan Irawan.

Sementara itu, imej satelit diambil Agensi Angkasa Jepun menunjukkan 2 kilometer (km) persegi pulau gunung berapi itu telah runtuh ke dalam lautan.

Aktiviti vulkanik yang semakin meningkat menyebabkan status Anak Krakatau telah dinaikkan ke Tahap Kedua tertinggi iaitu peringkat berjaga-jaga. Zon larangan juga diperluaskan dari lingkungan 2 km kepada 5 km.

Anak Krakatau terhasil pada 1925 selepas letusan dahsyat Krakatau pada 1883 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 36,000 orang.-Sinar Harian

Anak Kratakau

Artikel Lain