suria

Video dedah Putera William gaduh dengan Meghan Markle

Meghan dan Putera William berdiri bersebelahan semasa keluar dari sebuah gereja.

MESKIPUN Meghan Markle dan Kate Middleton menafikan wujud persengketaan di antara mereka, timbul khabar angin bahawa isteri Putera Harry itu sebenarnya bergaduh dengan abang iparnya, Putera William.

Perbalahan antara Meghan dan Putera William mungkin berlaku selepas peminat keluarga diraja itu ternampak insiden yang seolah-olah menguatkan lagi khabar angin tersebut semasa mereka meninggalkan Gereja St Magdalene di Sandringham.

Dalam satu rakaman video, Meghan dilihat berpaling kepada Putera William untuk bercakap sesuatu.

Meghan bersama suaminya meninggalkan Gereja St Magdalene tanpa berkata-kata dengan Putera William.

Bagaimanapun suami kepada Kate itu dilihat tidak mengendahkan sapaan Meghan dan leka membetulkan skarfnya.

Hubungan Putera William dan adiknya Putera Harry tidak begitu baik tahun ini selepas abangnya itu mempertikaikan kesesuaian Meghan untuk menjadi isteri kepada adiknya itu.

Malah Putera William turut kecewa selepas Putera Harry mengumumkan pertunangannya dengan Meghan tahun lalu.

Menurut salah seorang rakan rapat mereka, kedua-dua adik beradik itu bertengkar tetapi sudah berbaik selepas campur tangan bapa mereka, Putera Charles. - Mirror.co.uk

Putera William, Meghan Markle

Artikel Lain