suria

Sukar dapat kerja gara-gara parut di wajah, dianggap seperti 'orang jahat'

Barret percaya parut di wajahnya membuatkan dia tidak diambil bekerja.

SEORANG bapa yang juga pesakit kanser percaya dia sukar mendapat pekerjaan kerana parut di wajah dan lengannya yang membuatkan dia kelihatan seperti 'hooligan' atau orang jahat.

Graeme Barrett, 37, berjuang melawan kanser kulit sejak berusia 18 tahun dan menjalani 20 pembedahan untuk mengeluarkan ulser.

Prosedur pembedahan itu meninggalkan jahitan dan parut yang jelas kelihatan di wajah, leher dan lengannya.

Bapa dua anak dari Greenock, Inverclyde memberitahu Daily Record bahawa dia percaya majikannya takut dengan parut tersebut dan menganggap dirinya orang jahat.

Barrett yang bekerja sebagai seorang pengurus di gudang di Greenock tetapi ia telah ditutup dan dia terpaksa mencari kerja baharu selepas itu.

Namun dia masih belum mendapat pekerjaan sehingga hari ini dan percaya parut tersebut menjadi punca dia tidak diambil bekerja.

"Saya pergi temu duga dengan parut di wajah selepas beberapa pembedahan baru-baru ini.

Barrett bersama isterinya, Marie dan dua anak mereka, Gabriella,4, dan Audrianna yang berusia 13 minggu.

"Saya tidak mahu menipu, saya fikir parut itu tidak akan menjadi satu isu.

"Semasa dalam satu temu duga, saya menyedari majikan melihat parut saya, dia mungkin fikir saya orang jahat.

"Sebab itulah saya mahu orang ramai memahami kanser yang saya alami dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada kehidupan seharian," katanya.

Barrett berkata dia mengalami masalah kesihatan sejak berusia 11 tahun.

"Saya berada di klinik gigi semasa saya berusia 11 tahun dengan kedaaan gigi yang tidak teratur tetapi saya dihantar terus ke pakar ortodontik kerana mereka menemui cyst di dalam rahang saya.

"Pakar ortodontik kemudian menghantar saya ke dermatologi untuk pemeriksaan imbasan dan saya disahkan menghidap Sindrom Gorlin yang jarang berlaku dan sering menyebabkan kanser kulit," katanya. - Mirror.co.uk

kanser, parut

Artikel Lain