suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua lokasi pelancongan popular Songkla dibom, bawah patung ikan duyung terputus dua

Gambar fail Pantai Samila.

SONGKLA: Dua butir bom menggegarkan Pantai Samila di sini malam Rabu, yang popular kalangan pelancong dalam dan luar negara termasuk rakyat Malaysia.

Letupan bom pertama berlaku pada 10 malam Rabu (11 malam waktu Malaysia) telah merosakkan patung ikan duyung yang menjadi simbol industri pelancongan di wilayah berkenaan.

Gabenor Wilayah Songkla Wiranan Penjang yang mengesahkan perkara itu berkata, letupan berkenaan menyebabkan bahagian bawah patung besi itu terputus dua.

Letupan kedua pula berlaku 10 minit selepas kejadian pertama di patung tikus dan kucing di pantai yang sama yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi patung ikan duyung itu.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kedua-dua kejadian letupan bom itu dan lokasi kejadian telah ditutup kepada pengunjung,” kata Wiranan dan menambah, anggota forensik keselamatan Thailand akan memeriksa secara terperinci lokasi letupan bom tersebut.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkla, Mohd Afandi Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam kejadian itu. - Bernama

ikan duyung, Pantai Samila

Artikel Lain