Jurufoto latih tupai jadi model sepanjang 6 tahun bersahabat - Dunia | mStar

Jurufoto latih tupai jadi model sepanjang 6 tahun bersahabat

Lincah beraksi di hadapan lensa persis model sebenar. FOTO: geertweggen

UNIK dan pelik, namun siapa sangka seorang jurufoto boleh bersahabat baik dengan seekor tupai sejak mereka bertemu sekitar enam tahun lalu.

Menurut jurufoto berdarah kacukan Belanda dan Sweden itu, dia pertama kali melihat tupai itu di hadapan pintu rumah sebelum memberi makanan untuknya.

Comel, bijak menggayakan aksi di hadapan kamera.

Persahabatan Geert Weggen dengan tupai itu berterusan apabila ia datang ke rumahnya setiap hari untuk mencari makanan.

Sedar akan hubungan uniknya dengan tupai itu, Weggen memanfaatkan bakat fotografi yang ada dengan menjadikan haiwan itu sebagai modelnya.

Siapa sangka tupai mampu melakukan aksi akrobatik.

Bukan sekadar foto-foto biasa, tupai itu juga seolah-olah sudah terbiasa menjadi model apabila dia lincah beraksi dengan props yang disediakan jurufoto tersebut.

Persabahatan itu sudah terjalin sejak enam tahun lalu dan Weggen kini membuat rangkuman dengan menyenaraikan 50 foto terbaik tupai berkenaan yang pernah dirakam olehnya.

Alahai, dapat kiriman kad raya ke? 

Selain tupai, dia turut merakam foto burung yang sering hinggap di balkoni kediamannya.

Malah, dia turut menganjurkan bengkel fotografi tupai yang dilakukan dua kali setahun, terhad untuk tiga peserta sahaja bagi setiap edisi.

Amboi, feeling-feeling back to nature pula.

Dia turut membuka laman Instagram untuk koleksi foto-foto bersama tupai berkenaan dan ia kini mempunyai lebih 17,000 pengikut. - Bored Panda.

 

geert weggen , jurufoto , tupai , model

Artikel Lain

Sultan Ahmad Shah mangkat