suria

Sentiasa 'craving' dan suka makan? Pakar dedah cara kurangkan selera dengan ais

Ais boleh digunakan untuk mengurangkan keinginan makan. FOTO: Reader's Digest

BAGI yang jenis suka makan dan sentiasa berselera, pastinya susah untuk mereka mengekalkan berat badan ideal.

Malah, hampir setiap masa, fikiran dan mulut sentiasa 'craving' dan memikirkan pelbagai makanan yang enak.

Namun anda kini tak perlu risau lagi, menurut seorang ahli psikologi, Jo Hemmings, penggunaan ais boleh menjadi penawar kepada simptom itu.

"Satu kawasan dalam tubuh manusia yang dinamakan reward centre akan menghantar mesej sehingga timbulnya keinginan atau craving menyebabkan anda tak mampu melawan keinginan untuk makan.

"Untuk melawan rasa itu, cuba gosokkan ais di pergelangan tangan, ia sebenarnya boleh mengurangkan selera dan keinginan," kata Jo.

Jo bukanlah seorang yang asing malah dia sering dijemput untuk bercakap menerusi program televisyen.

Antaranya, Good Morning Britain menerusi saluran ITV.

Dia memberi tip dan penjelasan mengenai cara menghentikan keinginan makan itu bersempena kehadiran musim perayaan Krismas tidak lama lagi.

Katanya, ia menjadi cabaran untuk individu mengawal selera makanan khususnya dengan lambakan juadah sempena krismas. - Mirror.UK.

Ais, Jo Hemmings, Craving

Artikel Lain