suria

Sesi rakam gambar Krismas terbantut dengan kehadiran bigfoot berhampiran kediaman

Makhluk misteri yang berjaya dirakam oleh jurufoto tersebut. FOTO: YOTUBE/MOUNTAINBEASTMYSTERIE

FOKUS seorang jurufoto yang mahu merakam gambar sebuah keluarga terganggu apabila dia melihat makhluk misteri dalam lensa kameranya.

Susulan itu, dia terus berlari ke bahagian tingkap sebelum mendapati makhluk berkenaan merupakan seekor yeti atau lebih dikenali sebagai bigfoot.

Biarpun keadaan di luar kediaman berkenaan diliputi salji, dia mengambil keputusan untuk keluar bagi melihat makhluk tersebut dengan lebih jelas dan dekat.

Ujarnya, dia melihat makhluk gelap berbulu sedang berjalan di kawasan taman berhampiran lokasi berkenaan.

Malah, anjing milik keluarga tersebut cuba mengejar dan menyalak ke arah makhluk berkenaan.

Dalam tempoh beberapa saat, makhluk gergasi itu dikatakan cuba mengampiri mereka menyebabkan jurufoto dan keluarga tersebut lari ke dalam rumah.

Rakaman berkenaan sudahpun menerima lebih 10,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Rabu lalu.

Namun, sebilangan pelayar Internet turut mempersoalkan kesahihan rakaman itu dan menyifatkan ia sebagai satu penipuan.

Sebelum kejadian, jurufoto berkenaan dikatakan sedang merakam foto keluarga itu berlatarbelakangkan pohon krismas sebelum dia menyedari kehadiran makhluk tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana lokasi sebenar kejadian itu berlaku. - Daily Star.

Bigfoot, Yeti

Artikel Lain