suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengawal trafik udara antara 300 mangsa maut gempa bumi

JAKARTA: Seorang pengawal trafik udara berusia 21 tahun di Palu terbunuh ketika menjalankan tugasnya dalam kejadian gempa bumi 7.5 magnitud berlaku bandar Sulawei pada Jumaat.

Anthonius Gunawan Agung merupakan kakitangan AirNav Indonesia dan sedang bertugas mengawal  trafik udara (ATC) Lapangan Terbang Mutiara SIS Al-Jufrie ketika kejadian.

"Apabila gempa itu berlaku, dia baharu sahaja mengawal penerbangan Batik Air untuk berlepas dan menunggu pesawat itu selamat di udara sebelum meninggalkan menara kabin ATC," kata jurucakap AirNav Indonesia, John Harry Sirait kepada pemberita pada Sabtu.

Selepas penerbangan selamat di udara, Anthonius terperangkap di menara dan terpaksa melompat dari tingkat empat kerana gegaran semakin kuat.

Dia mengalami patah kaki serta kecederaan lain dan meninggal dunia ketika menunggu helikopter untuk dipindahkan.

Yohanes juga menyampaikan ucapan takziahnya kepada mangsa-mangsa gempa bumi yang lain, yang berpusat di Donggala, di Sulawesi Tengah.

Yohanes berkata, jenazah Anthonius akan diterbangkan ke Makassar, dan kemudian dibawa ke kampung halamannya di Abepura, Papua.

Mangsa adalah salah seorang daripada lebih 300 orang yang terbunuh dalam kejadian gempa bumi itu itu, yang mengakibatkan tsunami ketinggian tiga meter serta menghancurkan beribu-ribu bangunan di wilayah Sulawesi Tengah.

Tambah Yohanes, 250 meter landasan daripada 2,250 meter panjang di Lapangan Terbang Palu musnah kerana kejadian itu. - The Straits Times/Asia News Network

Artikel Berikut

Video tsunami membadai Palu tular

Artikel Lain