suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua maut, pesawat terbabas terputus dua

Keadaan pesawat yang terputus dua selepas terhempas sewaktu mendarat. Foto WVTM

DUA maut manakala dua lagi cedera parah selepas pesawat peribadi yang dinaiki mereka terhempas di South Carolina, Amerika Syarikat.

Pesawat peribadi itu mendarat di Lapangan Terbang Greenville Downtown pada pukul 1.40 petang Khamis (1.40 pagi Jumaat waktu Malaysia).

Bagaimanapun ia terbabas dan melanggar pagar, mengakibat badan pesawat terputus dua.

Jabatan Polis Greenville memberitahu, empat orang menaiki pesawat itu, terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

Dua maut dalam nahas, manakala dua lagi cedera parah. Foto WVTM

Mangsa merupakan dua juruterbang dan dua penumpang yang pasangan berkahwin.

Jurucakap Jabatan Bomba Bandar Greenville, Tristan Johnson mengesahkan dua maut dalam nahas itu.

Menurut WSPA, Johnson berkata, mangsa yang maut adalah juruterbang dan pembantu juruterbang.

Sementara itu, kedua-dua penumpang di hospital dalam keadaan kritikal. - Mail Online UK

Artikel Lain