suria

Megan tolak hadiah hari lahir

MEGAN Markle meraikan ulang tahun ke-37 pada Sabtu sebagai orang baharu dalam keluarga kerabat diraja Britain.

Sejak berkahwin dengan Putera Harry, Meghan dilihat menikmati kehidupan baharunya di mana dia kerap menghadiri beberapa majlis dan acara awam sebagai Duchess of Sussex.

Walaupun banyak kelebihan diperolehi selepas menjadi sebahagian daripada keluarga diraja, terdapat tradisi ketat yang harus dipatuhi Megan.

Ia termasuk perkara berkaitan hadiah sempena hari istimewanya itu hasil pemberian pihak tertentu yang terpaksa ditolak.

Tradisi diraja bermakna keluarga diraja tidak dibenarkan mengadakan majlis sambutan hari lahir secara besar-besaran sebaliknya ia perlu diraikan dengan ahli keluarga sahaja.

Hadiah-hadiah tertentu yang tidak diminta harus ditolak manakala hadiah dari selebriti, ahli perniagaan dan firma juga tidak dibenarkan.

Ini untuk mengelak keluarga diraja dieksploitasi untuk keuntungan komersial sesuatu syarikat.

Malah ia juga merupakan peraturan ketat yang diamalkan di Windsor.

Tahun ini, ketika Harry dan Meghan bersatu, pasangan itu terpaksa mengembalikan hadiah bernilai hampir 7 juta pound sterling.

Malah, Meghan sudah memulangkan hadiah berubah beg tangan bernilai 290 pound yang direka khas oleh Alexandra K.

Sambutan hari lahirnya kali ini agak berbeza apabila Meghan dilihat menghadiri majlis perkahwinan Charlie van Straubenzee.

Charlie merupakan rakan baik kepada Harry dan abangnya Putera William.

Megan dan Harry turut menghadiri majlis itu bersama-sama dengan William dan isterinya, Kate Middleton.

Meghan Markle, hari lahir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain