suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita main kayu tiga gigit zakar suami

Wanita yang menggigit zakar suaminya telah ditahan selepas dua hari kejadian itu berlaku.

VELLORE: Seorang wanita warga India menggigit zakar suaminya apabila perbuatannya menjalin hubungan dengan lelaki lain terbongkar.

Tindakan wanita berusia 45 tahun itu mengakibatkan dia didakwa kerana cubaan membunuh.

Jayanthi keluar bersama suaminya yang juga seorang petani untuk menyaksikan pertunjukan di daerah ini tetapi dia dengan senyap-senyap telah bertemu kekasihnya, demikian kata pegawai polis, Prakash Babu kepada AFP.

Bagaimanapun, apabila dia tidak muncul selepas lebih sejam, suaminya bertindak mencari isterinya.

"Suaminya menemui isterinya itu ketika sedang bersama kekasihnya dan berlaku pergaduhan hingga menyebabkan kain yang dipakai petani itu terlondeh.

"Melihat keadaan suaminya itu, wanita berkenaan menggigit zakar suaminya sebelum melarikan diri bersama teman lelakinya," kata Babu.

Penduduk kampung bergegas membantu lelaki berkenaan dengan membawanya ke hospital selepas mengalami kecederaan teruk.

Wanita itu bagaimanapun telah ditahan dua hari kemudian.

Ketika ini, kata polis, mangsa dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital.

The Times of India daily berkata, Jayanthi mengaku telah menyerang suaminya dan telah dikenakan hukuman penjara.

Jayanthi, Babu

Artikel Lain