suria

Tangan gergasi 'pegang' jambatan tarik perhatian dunia

BAYANGKAN sepasang telapak tangan dengan jari jemari gergasi di kiri kanan laluan ketika melintas salah satu tarikan pelancongan baharu di Vietnam.

Sejak beberapa hari lalu, ia mula mendapat perhatian dunia apabila dibuka kepada umum.

Rata-rata media di seluruh dunia menyiarkan artikel keunikan rekabentuk jambatan itu.

Itulah jambatan sepanjang 150 meter yang dibina di pinggir gunung di Da Nang, dan ‘dipegang’ sepasang tangan emas gergasi.

Terletak pada ketinggian 1,400 meter di atas paras laut di gunung Ba Na, Jambatan Emas ini dihiasi indah bunga Lobelia Chrysanthemums.

Menelan pelaburan RM8 bilion, kerajaan Vietnam memperuntukan dana itu untuk mempromosikan kawasan pergunungan Annamese.

Rekaan jambatan berkenaan hasil idea syarikat TA Landscape Architecture, manakala ukiran tangan itu sebenarnya bukan  diperbuat daripada batu.

“Tulang rangka tangan itu disaluti jaringan keluli, kemudian kami letakkan gentian kaca.

"Keseluruhan pembinaan jambatan ini mengambil tempoh selama setahun,” kata wakil jurucakap syarikat berkenaan.-TheBangkokPost


Jambatan Emas, Vietnam

Artikel Lain