suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 12 tahun masuk universiti enggan dianggap genius

USIANYA baru mencecah 12 tahun, tetapi telah diterima masuk untuk mengikuti pengajian di Universiti Nasional Autonomous Mexico.

Bagaimanapun, Carlos Santamaria Diaz enggan dikenali sebagai kanak-kanak genius.

Bakal memulakan pengajian peringkat ijazah dalam bidang biomedikal fizik minggu depan.

"Saya tidak suka perkataan genius," katanya ketika ditemubual media susulan pencapaian akademiknya yang membanggakan.

Carlos melepasi peperiksaan kemasukan universiti dan telah melakukan kerja-kerja persiapan di pusat sains genetik di fakulti kimia.

Berasal dari barat Guadalajara, Carlos mengikuti pelajaran peringkat rendah di sekolah awam dan telah belajar sendiri subjek fizik dan kalkulus.

Pada usia sembilan tahun, beliau mengikuti program universiti dalam bidang analisis kimia, biokimia dan biologi.

Ditanya sama ada dia disisihkan ketika terlibat dalam program peringkat universiti, Carlon berkata:"Saya rasa semuanya baik-baik di universiti terutama di fakulti kimia."

Malahan, Carlon turut mengingatkan Presiden Mexico, Andres manuel Lopez Obrador supaya tidak melakukan kesilapan yang pernah dibuat pemimpin terdahulu.

"Ahli politik sepatutnya menjaga negara seperti mana mereka memelihara diri mereka sendiri," katanya.-SCMP

Carlos, Mexico

Artikel Lain