suria

Lahir kudung tapi gunting rambut penuh stail

Gabriel membuat demonstrasi menggunting rambut. Foto Youtube/Compartelo

RAMAI melihat kesusahan dalam hidup sebagai sesuatu yang terlalu mencabar sehingga berputus asa.

Namun tidak bagi warga Argentina, Gabriel Heredia.

Gabriel yang berusia 20 tahun merupakan seorang tukang gunting rambut yang dilahirkan dengan tangan kudung.

Walaupun kurang upaya, dia masih mampu meneruskan kehidupan yang berdikari dan menggembirakan.

Dia turut mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, tanpa diskriminasi.

Malah, ibunya yang menjadi inspirasi untuk Gabriel menjadi pendandan rambut.

Dia mula bekerja sebagai tukang gunting rambut sejak berumur 14 tahun dan mempelajari pelbagai teknik potongan rambut dan jambang.

Pada mulanya, Gabriel melihatnya sebagai hobi, tapi lama-kelamaan dia mendapati ia sebagai satu kerjaya.

"Saya belajar memegang gelas sendiri. Saya belajar... menunggang basikal, motosikal malah memandu kereta," kata Gabriel.

Keluarga Gabriel kemudian membantunya membuka kedai gunting rambutnya yang pertama, yang diusahakannya selama satu setengah tahun.

Dia bertemu dengan Zlatan Gomez, presiden Argentina Corta, sebuah organisasi yang menghubungkan tukang guting rambung dan kerja-kerja kebajikan di kawasan golongan kurang bernasib baik.

Misi Gabriel bukan sahaja untuk menjadi tukang gunting rambut yang berjaya, tetapi juga mengadakan hubungan baik dengan masyarakat.

"Perkara yang paling saya suka mengenai kerja saya adalah mereka berasa selesa dan menggayakan dengan stail saya. Itu menggembirakan saya," katanya.  - odditycentral

Gabriel Heredia

Artikel Sebelum

Artikel Lain