suria

Kanak-kanak dibunuh oleh suami berusia 35 tahun

Mayat kanak-kanak itu ditemui di daerah Badghis. Foto: Getty Image

KANAK-kanak berusia 9 tahun mati dibunuh oleh suaminya.

Kanak-kanak perempuan yang dikenali Samia itu dipaksa berkahwin oleh keluarga ketika berusia tujuh tahun.

Menurut pihak berkuasa, Niqibullah Amini, mayat kanak-kanak itu ditemui di daerah Badghis Ahad lalu.

Namun suaminya yang berusia 35 tahun dilaporkan telah melarikan diri daripada pihak berkuasa, dan bapa mangsa dipanggil untuk soal siasat.

Bapa mangsa itu didakwa kerana memaksa anaknya berkahwin.

Perkahwinan kanak-kanak yang dikenali 'badal' berlaku apabila keluarga menukar anaknya untuk menyelesaikan perbalahan.

Ia bermakna, keluarga tidak perlu membayar hantaran kahwin dan juga mengurangkan kos perkahwinan.

Dilaporkan, suami mangsa yang dikenali Sharafuddin telah mencekiknya.

Amini memberitahu Tolo News, bahawa Samia berkahwin dua tahun lalu.

"Lelaki itu telah melarikan diri selepas insiden," ujar Amini.

Berdasarkan undang-undang Afganistan, umur perkahwinan yang dibenarkan adalah 16 bagi perempuan dan 18 untuk lelaki.

Bagaimana pun, amalan tradisional perkahwinan kanak-kanak masih dijalankan.

cekik isteri kanak-kanak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain