suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

82 maut gempa bumi di Lombok

GEMPA bumi kuat mengegar destinasi pelancongan popular Lombok menggorbankan 82 nyawa manakala berpuluh-puluh lagi cedera dan bangunan turut rosak.

Gegaran berukuran 7 magnitud itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer kira-kira pukul 6.46 petang waktu Jakarta.

Ia adalah gegaran kedua yang meragut nyawa di pulau yang menjadi tarikan pelancong itu.

Antara yang maut adalah seorang kanak-kanak berusia setahun dan warga emas, 72 tahun.

Kesan gegaran turut dirasai di Lapangan Terbang Bali.

Jurucakap agensi bencana nasional, Sutopo Purwo Nugroho berkata ratusan mangsa mengalami kecederaan.

Kebanyakan mangsa yang maut di utara Lombok,jauh dari destinasi pelancongan utama di selatan dan barat pulau itu.

Pegawai penyelamat berkata banyak kerosakan melanda bandar utama Lombok di Mataram.

Video yang dimuat naik di media sosial merakamkan suasana panik orang ramai susulan gempa bumi kuat itu.

gempa bumi, Lombok

Artikel Sebelum

Awas! Momo Challenge

Artikel Berikut

Artikel Lain