suria

Tiga wartawan ditembak pembunuh upahan ketika buat siasatan

Dzhemal merupakan seorang wartawan perang dari Rusia. - Paparan skrin daripada Echo of Moscow, YouTube

TIGA wartawan Rusia mati dibunuh pada Isnin malam di titik semak luar Bangui, Republik Afrika Sentral.

Wartawan veteran Orkhan Dzhemal, pembikin filem yang pernah memenangi anugerah Aleksandr Rastorguev dan jurukamera Kirill Radchenko ditembak oleh pembunuh upahan yang tidak dikenali yang keluar dari kawasan semak secara tiba-tiba ketika mereka tiba di situ.

Serangan tersebut terjadi ketika konflik antara kerajaan negara tersebut dan beberapa kumpulan pemberontak berlaku.

Kematian mereka disahkan oleh agensi berita berbentuk penyiasatan yang dibiayai oleh Mikhail Khodorkovsky, Pusat Kawalan Siasatan (TsUR, Tsentr Upravleniya Rassledovaniyami).

Khodorkovsky ialah seorang usahawan bahan api yang kini hidup secara buangan di London.

Menurut The Moscow Times, Rusia telah membekalkan senjata dan pasukan latihan untuk membantu tentera keselamatan kerajaan Republik Afrika Sentral.

Menurut TsUR, ketiga-tiga kru itu terbang ke Republik Afrika Sentral untuk mendapatkan maklumat baharu tentang sekumpulan tentera upahan bersenjata Rusia yang dilihat berada di Afrika.

Kewujudan pasukan bersenjata itu tidak pernah diakui secara rasmi, namun terdapat beberapa laporan berbentuk penyiasatan mengaitkan penglibatan 'Kumpulan Wagner' di beberapa titik panas seperti Syria dan timur Ukraine.

Dzhemal, Rastorguev and Radchenko merupakan pasukan pengamal media profesional yang amat dihormati dan diiktiraf oleh industri,

Dzhemal merupakan seorang wartawan perang, Rastorguev pula mendapat pujian dalam pembikinan dokumentari mengenai desakan pembangkang anti-Putin yang gagal di Rusia pada 2013, manakala Radchenko pula seorang wartawan televisyen yang bekerja di zon perang seperti Syria. - Global Voices

wartawan, pembunuh upahan

Artikel Lain