suria

Dua wanita tertipu, seks dengan lelaki 'berlakon' ada kemaluan

SEORANG lelaki tanpa kemaluan berdepan hukuman penjara selepas menggunakan 'objek tidak diketahui' ketika melakukan hubungan yang difikirkan seks oleh dua pasangannya.

Pendakwa Raya Kirsten Cockburn memberitahu mahkamah bahawa Carlos Delacruz, 35, telah menyebabkan salah seorang wanita itu mengalami pendarahan akibat tindakannya.

Kedua-dua wanita itu hanya mengetahui bahawa dia sebenarnya tidak mempunyai zakar selepas hubungan mereka terputus.

Salah seorang mangsa berkata lelaki itu akan sentiasa memegang bahagian kemaluannya yang mana pada ketika itu difikirkannya zakar semasa melakukan seks, manakala seorang lagi wanita berkata lelaki itu telah menyebabkan dia mengalami pendarahan.

Kedua-dua mereka beberapa kali mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu tetapi disebabkan dia enggan membuka pakaian dan sering berkeras melakukannya dengan lampu dipadam, mereka tidak menyedari bahawa dia tidak mempunyai kemaluan.

Dia kini telah dimasukkan ke dalam daftar pesalah seks.

Mahkamah di Edingburgh, Scotland diberitahu bahawa kedua-dua wanita mengalami jangkitan.

-foto Geograph

"Salah seorang pasangan percaya berlaku penitrasi. Tertuduh sebenarnya tidak mempunyai zakar. Dia tahu lelaki itu tidak selesa tentang tubuhnya dan selalu memakai t-shirt," kata Cockburn.

Cockburn menambah Delacruz dan wanita itu akan melakukan hubungan seks sekali sebulan walaupun menderita sakit dan hanya dibenarkan menyentuh tubuh lelaki itu dengan pakaian.

"Sepanjang hubungan, wanita itu terus percaya bahawa dia mempunyai zakar," katanya.

Selepas mereka berpisah, wanita itu membuat laporan polis sebaik sahaja mengetahui lelaki itu berbohong kepadanya.

Mangsa kedua juga percaya Delacruz mempunyai kemaluan dan pasangan itu selalu memadamkan lampu ketika mereka bersama.

Dia juga mengalami kesakitan yang melampau akibat penetrasi dan pada kali pertama terpaksa meminta Delacruz menghentikannya kerana menglami pendarahan.

Pasangan itu kemudian melakukan hubungan seks kira-kira 10 kali sepanjang hubungan sembilan bulan mereka dan wanita itu juga mendapat jangkitan selepas itu.

Mereka putus atas masalah kewangan dan sebulan kemudian dia juga menyedari lelaki itu tidak mempunyai zakar.

Cockburn berkata semasa soal siasat dengan polis Delacruz tidak memberi sebarang komen dan apabila diperiksa secara perubatan semasa berada dalam jagaan, dia didapati tidak mempunyai zakar.

Delacruz diletakkan dalam senarai pesalah seks untuk satu tempoh yang masih belum ditentukan.

Tidak didedahkan mengapa dia tidak mempunyai zakar. Dia akan dihukum pada September. -metroUK

seks, kemaluan

Artikel Lain