suria

Tren Hello Kitty 'mengiau' pukau penumpang kereta api laju

KERETA api berkelajuan tinggi Hello Kitty yang mula beroperasi di Jepun menaik ratusan peminat karakter kartun itu pada majlis pembukaannya.

Shinkansen atau kereta api berkelajuan tinggi berwarna putih dan merah jambu berlepas dari stesen Hakata di Fukuoka ke Osaka pada Sabtu.

Bukan sekadar kereta api itu yang dihiasi dengan tema Hello Kitty, konduktor tren tersebut juga mengenakan pakaian Hello Kitty, siap dengan riben merah jambu melambai ke arah sekitar 400 tetamu, lapor media tempatan.

Gambar daripada AFP.

Tren tersebut akan beroperasi selama tiga bulan antara bandar-bandar di barat Jepun dan syarikat yang mengendalikan kereta api itu berharap pendekatan tersebut dapat menggalakkan lagi industri pelancongan di Osaka dan Fukuoka.

Di dalam tren tersebut, senyuman Hello Kitty boleh dilihat di setiap tingkap dan anak patung 'life-sized' (bersaiz besar) turut diletakkan di satu sudut bagi membolehkan para peminat kartun itu mengambil swafoto bersama.

Hello Kitty telah menjadi industri yang bernilai bilion ringgit sejak Sanrio memperkenalkannya pada 1974.

Barangan yang dihasilkan oleh Hello Kitty adalah sekecil-kecil bekas pensil, baju tidur hingga ke bas dua tingkat dan pesawat. - The Guardian

Hello Kitty

Artikel Berikut

45 maut bas jatuh gaung

Artikel Lain