suria

Tembok malu padah liat bayar hutang

ANHUI: Akibat liat langsai hutang, sebuah bandar di timur China memaparkan maklumat peribadi dan wajah  mereka di papan iklan besar di beberapa perhentian bas.

Dikenali sebagai ‘tembok malu’, ia diarahkan dibina oleh Mahkamah Rakyat Fuyang Yingquan di wilayah Anhui bulan lalu sebagai tindakan terhadap peminjam yang gagal membayar hutang.

Terdahulu kes mereka dibicarakan di mahkamah berkenaan.

Langkah baharu itu sehingga kini terbukti berkesan apabila sebilangan individu yang wajah mereka dipapar pada papan iklan itu tampil membayar hutang mereka.

Nama, wajah dan butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan mereka yang dirujuk sebagai ‘lao lais’ dalam bahasa Cina.

Ia ditampal dengan cetakan jelas berlatar belakang warna biru di seluruh bandar raya. 

Mahkamah akan menukar dan mengemas kini poster tersebut dengan nama baharu setiap bulan.

“Kumpulan pertama pesalah adalah individu yang mempunyai hutang tertunggak dalam tempoh yang lama dan nilai hutang yang banyak,” demikian kata jurucakap mahkamah.
Fuyang, tembok malu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain