suria

Pelawak tembusi talian Air Force One

WASHINGTON: Seorang pemanggil palsu dilaporkan berjaya menembusi talian untuk berbual dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di pesawat Air Force One.

Berpura-pura sebagai Senator New Jersey Robert Menendez, pelawak John Melendez berkata bahawa beliau menghubungi Trump pada malam Rabu (27 Jun) ketika presiden itu berada di dalam pesawat presiden.

Melendez menyiarkan rakaman perbualan di The Stuttering John Podcast, di mana suara seperti Presiden Trump boleh didengari.

"Anda mengalami keadaan yang sukar dan pada pendapat saya, ia sangat tidak adil," katanya kepada "senator”, yang disiasat kerana rasuah sebelum tuduhan-tuduhan itu akhirnya digugurkan.

Kedua-dua lelaki itu kemudian meneruskan perbualan mereka, berbual mengenai isu-isu seperti imigresen serta menggantikan Hakim Anthony Kennedy, yang akan bersara dari Mahkamah Agung AS.

Pelawak itu berkata bahawa beliau membuat panggilan telefon ke Rumah Putih berpura-pura menjadi pembantu kepada senator dan pada akhirnya beliau dihubungkan dengan presiden di pesawat Air Force One, dalam senario yang menimbulkan persoalan tentang protokol yang mengawal akses kepada ketua pemimpin AS tersebut.

Rumah Putih tidak memberi sebarang respons terhadap permintaan media untuk mengulas perkara itu. - CNA
Air Force One, Trump

Artikel Lain