suria

45 maut bas jatuh gaung

SEKURANG-KURANGNYA 45 maut, manakala ramai lagi cedera apabila sebuah bas terjunam dalam gaung di daerah Uttarakhand Pauri Garhwal.

Dalam kejadian pagi Ahad ini, 40 penumpang maut di tempat kejadian dan lapan yang cedera dibawa ke hospitan Dhumakot untuk rawatan lanjut.

Pesuruhjaya polis Garhwal, Dilip Jawalkar berkata, 20 mayat telah ditemui dan angka kematian dijangka meningkat.

Gaung yang dalam menyukarkan pasukan mencari dan menyelamat untuk melancarkan operasi di lokasi kejadian.

Maklumat awal menyebut bus berkenaan dalam perjalanan dari Bhaun ke Ramnagar.

Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu.-IndiaToday

Garhwal, Dhumakot

Artikel Berikut

Artikel Lain