suria

Prototaip Tembok Sempadan Tunai Janji Trump

SAN DIEGO (California): Sembilan bulan selepas Donald Trump memegang jawatan presiden Amerika Syarikat (AS), tanda-tanda yang jelas berdasarkan janji kempen pilihan raya beliau dapat dilihat di sepanjang sempadan AS dan Mexico.

Lapan binaan konkrit dan besi setinggi 9 meter, beberapa batu dari sempadan Otay Mesa yang merentasi San Diego, sudah dibina sebagai model bagi tembok penuh sempadan dari California dan Texas seperti yang dijanjikan Trump.

Bagaimanapun tidak dipastian mana antara lapan prototaip itu yang dibina pada bulan lepas akan menjadi tembok sepadan itu.

Setakat ini, pihak kongres kurang berminat untuk membelanjakan AS$21.6 bilion (RM91.43 bilion) untuk membina keseluruhan tembok itu.

Pihak berkuasa di sempadan bagaimanapun mengalu-alukan perkembangan projek itu yang merupakan sebahagian daripada janji Trump sebelum beliau dipilih menjadi presiden. 

"Infrasturktur sekarang sudah berusia lebih dua dekad. Ia sememangnya perlu ditambah baik," ujar Roy Villareal, timbalan ketua ejen patrol di sempadan San Diego, AS.

Pada masa ini, sempadan Mexico sepanjang 1,052 kilometer (km) dari 3058 km dipasang dengan pagar besi. 

Menurut Villareal, pagar besi kedua di San Diego yang berketinggan kira-kira 6 meter telah diceroboh sebanyak 2,000 kali dalam tempoh tiga tahun sebelum ini. - Reuters

Donald Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain