Pengantin Meninggal 30 Minit Sebelum Nikah - Dunia | mStar

Pengantin Meninggal 30 Minit Sebelum Nikah

-foto Internet

PALEMBANG: Tiada siapa yang pernah meminta majlis akad nikah yang dirancang, bertukar menjadi majlis pengebumian.

Namun itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga di sini apabila pengantin perempuan, Elsa Putri Julita, 20, meninggal dunia hanya 30 minit sebelum akad nikah berlangsung.

Segalanya bermula apabila Elsa yang sepatutnya bernikah dengan pasangannya, Darmadi, 19, pada Ahad, mengadu sakit di bahagian dada dan sesak nafas.

Tidak lama kemudian dia rebah, namun masih dalam keadaan sedar. Ketika itu akad nikah akan bermula dalam masa dua jam.

"Dia segera dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia.

"Dia tidak pernah sakit. Dia sihat walaupun menjelang majlis akad," kata bapanya, Dwi Syahrial, 47, memetik laporan portal Indonesia.

Gambar pra-perkahwinan Elsa dan Damardi.

Ibu kepada allahyarham, yang hanya mahu dikenali sebagai Yuliana berkata, anak perempuannya itu sempat memohon maaf dan mengadu 'sudah tidak tahan lagi' sebelum meninggal dunia di pangkuannya.

Yuliana juga memberitahu bahawa anaknya itu kelihatan manja seminggu sebelum melangsungkan perkahwinan, sehingga mahu tidur bersama dia dan suami dengan alasan selepas ini dia tidak dapat tidur dengan mereka lagi.

Ketika Elsa mengadu sakit, rombongan pengantin lelaki belum tiba ke rumah pengantin wanita.

Selepas beberapa jam, keluarga pihak lelaki dan perempuan berkumpul untuk upacara pengebumian.

pengantin , meninggal dunia , nikah

Artikel Sebelum

Kepala Ejen Rusia Dipenggal Daesh

Artikel Berikut

Trump Pecat Pengarah FBI

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain